FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pend. Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan keperibadian al-Quran dan al-Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencpai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Wednesday, May 27, 2009

teruskan usaha anda:)


Nasywah,7

prof. ucapkan tahniah dan syabas kepada nasywah atas kejayaannya mendapat 82% dalam peperiksaan pen.islam.wah!nampaknya tak sia-sia usaha ustazah Rokiah mengajar selama ini. walaupun tidak mendapat 90% ke atas namun ini merupakan anjakan paradigma bagi nasywah yang selama ini kurang fokus ketika di dalam kelas. teruskan usaha anda agar kejayaan sentiasa menjadi milik anda!

Tuesday, May 26, 2009


Nasywah,7

Beliau merupakan satu-satunya pelajar yang terlibat dengan program j-Qaf yang baru tahun ini dijalankan di SKUSD. Pelajar yang berusia 7 tahun ini terpaksa belajar berseorangan kerana hanya beliau sahaja pelajar darjah 1 di sekolah ini. Namun hikmah disebalik perkara ini, beliau mampu menumpukan sepenuh perhatian tanpa gangguan pelajar lain. Semoga Nasywah mencapai kejayaan dalam semua subjek lantaran kelebihan yang beliau miliki.amin....

Sunday, May 24, 2009

BENGKEL LDP


23 MEI 09, SABTU
Satu bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan pada Hari Sabtu yang lepas. Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 8 orang guru dan diseliakan oleh Cik Mazaliza yang rupawan. Cikgu Ruhaizat telah dikecualikan kerana mengikuti program di UITM, Shah Alam.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 09



25 Mei,Isnin

Seramai 12 orang pelajar SKUSD telah menduduki peperiksaan pertangahan tahun 09. Tahun ini guru Ko-ko telah mengubah plan pencapaian peperiksaan dengan menyarankan agar pelajar yang mendapat 80% ke atas akan menerima RM5 setiap mata pelajaran. Diharap mereka akan lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.amin...

Friday, May 22, 2009

MESYUARAT ADAP JAWI

21 .05.2009 Panitia Pen.Islam mengadakan mesyuarat adap jawi di Sk.Kepis Felda. Semua sekolah akan dibekal akhbar Utusan melayu pada setiap hari Isnin bermula pada 16 Jun hingga 7 Sept 2009 di PPD k.Pilah. Tujuan Utama bagi menggalakkan para pelajar terus menguasai kemahiran menulis dan membaca Jawi dengan bimbingan guru-guru di sekolah serta menggunakan sisipan Jawi sebagai BBM.